1 OCTOBER 2015, SERI ISKANDAR- ORAKRUANG adalah pameran pembukaan bagi Kapal Lorek Studio yang dikendalikan oleh beberapa orang artis tempatan iaitu Fadly Sabran, Clounde Nimbus, Nafis Saad, Firdaus Hassan Basri dan Muhammad Abdullah. Terdapat beberapa karya yang dipamerkan oleh artis yang kebanyakkan mempunyai pelbagai maksud serta hampir kebanyakkanya ialah karya cetakan. Karya-karya ini banyak menampilkan karya yang berbentuk alam semulajadi.